Chef Kampung Enterprise adalah sebuah kumpulan yang terdiri dari beberapa orang penduduk kampung yang selalu bergotong royong menyedia dan memasak lauk pauk jika ada kenduri besar di sekitar Kampung Padang Cicar dan Kampung Kaki Bukit, di Baling, Kedah.
Kumpulan ini berhasrat untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan dalam selok belok berniaga sambil menambah pengetahuan dalam pelbagai bidang yang bakal diterokai selepas ini. Dalam masa yang sama, bolehlah mendapatkan sedikit sebanyak pendapatan bagi menampung perbelanjaan sehari-hari.
Buat permulaan, kumpulan ini sekarang menjalankan perniagaan menjual air tebu berhampiran dengan simpang dekat Kampung Batu 7, Jalan Kroh, Baling. Perniagaan beroperasi setiap hari bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 5.30 petang. Walau bagaimanapun sekiranya hari hujan, operasi perniagaan akan ditutup bagi memberi rehat kepada ahli-ahli yang bekerja di gerai tersebut.
Sila datang dan cuba air tebu kami yang dijual pada harga yang amat berpatutan sekali.